Dah seminggu saya mengalami sakit kaki di bahagian bawah lutut, bermula Selasa minggu lepas sehingga Selasa 04/02/2014. Limau dengan kapur, minyak panas, minyak halia, semua dah cuba. Semakin teruk sehingga sukar nak solat dan terasa benar sakitnya. Sakit tu kan ujian, tanda Allah sayang akan hambanya. Sabar!!! Hari kedua raya Cina saya berjumpa tukang urut refleksologi n tradisional. Kata beliau urat kaki bersimpul. Urutlah jugak, Sakitnya! Terasa nak sepak tukang urut pun ada nak suruh berhenti. Leganya bila urutan dihentikan. Istighfar banyak-banyak. Banyak dosa yang tanpa sedar agaknya.
Selepas urut lagile sakit, sampai naik tangga pun kena naik satu demi satu tangga. Walaupun sakit, hidup kena diteruskan. Wajah kena tetap tersenyum, pertolongan harus terus diberikan. Solat diteruskan seperti biasa walau dalam ketidak selesaan. Ketika itu, nikmat kesihatan terasa sangat. Syukur ya Allah, 38 tahun hidup, tidak terkira banyaknya nikmat yang telah Engkau berikan terhadap hambaMu ini dibandingkan dengan sakit yang tak seberapa.
Tiba-tiba teringat Gamat asli...hmmmm....kenapa tak mencuba? Selepas solat isyak malam tadi terus sapu gamat, pastu tidor. Bangun pagi tadi alhamdulillah....sakit dah tinggal 10% je. Sebelum pergi kerja, sapu lagi dan sekarang dah boleh jalan macam biasa. Alhamdulillah..terima kasih sangat dengan Allah. Terima kasih kerana ingatkan tentang gamat asli yang memang ada dalam simpanan dan terima kasih kerana mencipta gamat untuk kegunaan kita sebagai makhluknya. Sangat bermanfaat.
Testimoni Mawar. Just 4 sharing. Hidup untuk berkongsi.
0197261976


No comments:
Post a Comment