Sunday, February 9, 2014

[THE POWER OF LOVE]

Assalamualaikum....


Sihat adalah anugerah yang tidak ternilai dari Allah.  Perasaan ini akan wujud apabila anda diuji dengan penyakit, kemalangan dan lain-lain lagiKadang-kadang tak perasanpun sihat satu kelebihan.  Diri penuh dengan perasaan tak puas hati, tak cukup, tak lengkap.  Nak yang itu nak yang ini.  Ada juga yang tak sabar dengan ujian yang mendatang, putus asa, nak mati aje terus.  

Teringat kisah seorang sahabat baru, saya sebut dia sebagai Yasmin.  Saya kenal dia, hebat keperibadiannya, wajahnya yang cantik, muslimah...tapi..... dia tak kenal saya!  Saya bertemu dia dalam satu program motivasi je!  Hehehehe.....Yasmin seorang wanita besi yang dianugerahkan hidup yang berjaya, sejak kecil excellent.  Zaman sekolah nombor 1 dan begitu juga ketika di alam pekerjaan.  Ujian datang dalam bentuk yang berbeza, beliau ditimpa sakit.  Kanser tulang.  Hidupnya terasa gelap gelita.  Mati sebelum mati adalah pilihannya.  Alhamdulillah, ketika api lilin hampir terpadam ...the power of love...kuasa kasih sayang yang disalurkan orang tuanya, menjadikan dia bangkit dan berubat.

Seperti tak percaya Yasmin yang dihadapan saya dan ribuan peserta pernah ditimpa penyakit kritikal.  Pernah terbaring lemah tanpa sebarang harapan untuk hidup.  Dia nampak sihat fizikal dan jiwa.  The power of love dari orang lain dan the power of love dirinya yang sekarang jauh mencintai Allah berbanding dulu...menjadikan dia Yasmin yang sekarang.  Yasmin yang sekarang bukan lagi yang dulu.  Penyakit yang dianggap musibah adalah jalan untuk dia menemui sesuatu yang baru yang sudah lama hilang dari dirinya dan juga mungkin diri kita.  Betullah kenyataan bahawa ujian itu adalah jalan kebahagiaan kalau kita redha.





Semoga perkongsian ini mendatangkan kebaikan kepada orang lain....See u next entry.

Wednesday, February 5, 2014

Sakit itu tanda kasih sayang allah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...

Dah seminggu saya mengalami sakit kaki di bahagian bawah lutut, bermula Selasa minggu lepas sehingga Selasa 04/02/2014.  Limau dengan kapur, minyak panas, minyak halia, semua dah cuba. Semakin teruk sehingga sukar nak solat dan terasa benar sakitnya. Sakit tu kan ujian, tanda Allah sayang akan hambanya.  Sabar!!! Hari kedua raya Cina saya berjumpa tukang urut refleksologi n tradisional.  Kata beliau urat kaki bersimpul.  Urutlah jugak, Sakitnya!  Terasa nak sepak tukang urut pun ada nak suruh berhenti.  Leganya bila urutan dihentikan.  Istighfar banyak-banyak.  Banyak dosa yang tanpa sedar agaknya.




Selepas urut lagile sakit, sampai naik tangga pun kena naik satu demi satu tangga.  Walaupun sakit, hidup kena diteruskan.  Wajah kena tetap tersenyum, pertolongan harus terus diberikan.  Solat diteruskan seperti biasa walau dalam ketidak selesaan.  Ketika itu, nikmat kesihatan terasa sangat.  Syukur ya Allah, 38 tahun hidup, tidak terkira banyaknya nikmat yang telah Engkau berikan terhadap hambaMu ini dibandingkan dengan sakit yang tak seberapa.

4 hb Feb, bangun pagi terlalu sakit rasanya kaki.  Tak terdaya nak ke pejabat rasanya.  Sampaikan tidur semula selepas solat subuh.  Menyimpang jauh dari kebiasaan.  Bangun jam 9 ..mandi dan bersiap.  Cekalkan hati untuk keluar bekerja.  Sebelum keluar sapu sedikit kapur dan limau di tempat sakit.  Akak kata bengkak.  Teringat anak kawan yang baru meninggal kerana kanser tulang.  Itu ciri-ciri kanser tulang ke?  Terngiang-ngiang di kepala otak perkara itu. Sambil itu dipanjatkan doa agar Allah memberi kesembuhan.  Alhamdulillah, petangnya sakit sudah berkurangan 30%.  Terfikir di kepala apa lagi ubat yang boleh digunakan sebelum nak ke hospital.  


Tiba-tiba teringat Gamat asli...hmmmm....kenapa tak mencuba?  Selepas solat isyak malam tadi terus sapu gamat, pastu tidor.  Bangun pagi tadi alhamdulillah....sakit dah tinggal 10% je.  Sebelum pergi kerja, sapu lagi dan sekarang dah boleh jalan macam biasa.  Alhamdulillah..terima kasih sangat dengan Allah.  Terima kasih kerana ingatkan tentang gamat asli yang memang ada dalam simpanan dan terima kasih kerana mencipta gamat untuk kegunaan kita sebagai makhluknya. Sangat bermanfaat.

Testimoni Mawar.  Just 4 sharing.  Hidup untuk berkongsi.

0197261976